Saturday, 9 July 2011
Refleksi- 6/7/2011
Gmail merupakan satu perkataan yang pernah saya dengar tetapi saya tidak tahu apakah kegunaannya. Hari ini, Puan Zakiah menyuruh kami membuka akaun Gmail persendirian dan memberitahu kami bahawa ia adalah untuk kegunaan membuka Blog barulah saya tahu kegunaan utama Gmail adalah untuk membuka Blog. Saya berasa amat gembira kerana sudah lama saya ingin membuka Blog tetapi saya tidak tahu cara untuk membuka. Blog dapat meningkatkan kemahiran dalam pelbagai segi seperti kemahiran penulisan dan kemahiran menghias Blog. Oleh itu, saya berharap dapat menguasai kemahiran ini pada masa depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment