Pada kuliah hari ini, Puan Zakiah telah menyuruh kelas kami untuk membuka akaun Gmail dan Blogspot bagi tujuan penulisan ringkasan pembelajaran dan refleksi selepas setiap kuliah TMK.
Beliau telah cuba untuk membantu kami dalam cara pembukaan akaun Gmail dan Blogspot. Selain itu, beliau turut memberi tunjuk ajar dalam cara design Blog kami. Di samping itu, beliau turut menerangkan elemen-elemen yang harus ada dalam Blog kami, contohnya, maklumat diri dan falsafah hidup kami.
No comments:
Post a Comment